Amanz24 – LG G7 ThinQ Dilancarkan, Samsung Galaxy A6 | A6+ Diperkenalkan, Dompet Digital Astro Payfy

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Video is ready, Click Here to View ×


Selepas pelbagai ketirisan sebelum ini, LG G7 ThinQ akhirnya telah dilancarkan secara rasmi. Telefon pintar ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 845 dan menggunakan sistem dwi kamera 16 megapixel pada bahagian belakang dan kamera 8 megapixel untuk swafoto. Peranti ini juga menawarkan sebuah butang fizikal khusus di bahagian tepi untuk akses pantas Google Assistant. Namun, status kehadirannya ke pasaran tempatan masih belum diketahui.

Selain itu, Samsung Galaxy A6 dan A6+ juga kini telah dilancarkan secara rasmi. Galaxy A6+ dibina dengan pemproses 1.8 GHz lapan teras bersama bateri sebesar 3500mAh yang boleh dicas menggunakan port pengecasan mikroUSB. Manakala Galaxy A6 pula dilengkapi dengan pemproses 1.6 GHz lapan teras bersama bateri sebesar 3000mAh yang juga boleh dicas menggunakan port mikroUSB. Namun, harga untuk kedua dua peranti ini masih belum diketahui.

Instagram telah mengumumkan penuras baru untuk platform mereka. Penuras ini membolehkan pengguna untuk menapis komen berunsur negatif secara automatik apabila diaktifkan. Menurut Ingstagram, pihak mereka akan menganalisa akaun dengan komen yang sentiasa ditapis agar dapat menghalang terus pemilik akaun tersebt untuk menggunakan Instagram.

Akhir sekali, Astro pula dilaporkan telah hadir dengan dompet digital tersendiri dinamakan sebagai Payfy. Aplikasi yang ditawarkan di iPhone dan Android ini dibina adalah bertujuan untuk memudahkan segala transaksi nirtunai. Bagi pengguna yang memuat turun serta mendaftarnya sebelum September ini akan menerima RM8 terus pada akaun sebagai ganjaran memuat turun.

Share.

About Author

13 Comments